Sabtu, 11 Oktober 2014

LAWATAN KE CANOPY WALKWAY, FRIM KEPONG

FRIM Kepong

Sejarah FRIM Kepong, Kuala Lumpur. (bagi korang tau sikit tak boleh ka? he he he)


     Setelah memperoleh perkenan Sultan Selangor, Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) telah ditubuhkan di sebuah kawasan tapak bekas lombong bijih timah di Kepong yang diusahakan sebagai kebun sayur pada tahun 1925. Setahun kemudiannya, Dr.F.W. Foxworthy, pegawai penyelidik pertama dalam bidang perhutanan, telah memulakan usaha penyelidikan perhutanan dengan penubuhan tapak semaian hutan serta petak percubaan penanaman pokok secara besar-besaran.     
     Bangunan pejabat pertama IPP yang menempatkan muzium, makmal, bilik kerja, ruang pejabat, herbarium dan perpustakaan ini siap dibina pada tahun 1929. Aktiviti penyelidikan perhutanan di bangunan ini pada ketika itu,merangkumi botani, silvikultur, ekonomi, kimia dan zoologi. Bangunan utama IPP (kini Bangunan Pentadbiran FRIM) pada tahun 1951. Bangunan dua tingkat berbentuk ‘U’ ini dibina berdasarkan rekaan kolonial dengan ciri-ciri tropika serta mempunyai elemen tiang yang tebal dan ruang siling yang tinggi (Francis Ng, 2009).
     

     Tapak semaian IPP yang ditubuhkan pada tahun 1929 merupakan pusat penyemaian biji benih pokok hutan sebelum benih-benih atau anak pokok hutan ini dibekalkan untuk aktiviti penananam. Aktiviti penanaman bagi penubuhan petak percubaan penanaman pokok secara besar-besaran telah dimulakan seawal tahun 1926 dengan menggunakan 100 spesies pokok asli dan eksotik. J.G. Watson yang berkhidmat di bawah Dr F.W. Foxworthy sebagai Timbalan Pemelihara dan ahli ekonomi hutan; telah memulakan usaha pembangunan arboreta atau koleksi tumbuhan hidup di FRIM pada tahun 1929. Dua arboretum pertama di FRIM ialah Arboretum Dipterokarpa dan Arboretum Bukan-Dipterokarpa.
     

     FRI/FRIM juga dikenali sebagai Ringyo Shikenjyo atau ‘Stesen Percubaan Perhutanan’ ketika penaklukan Jepun di Malaya (1942–45). Ketika itu, seramai 37 orang pekerja Jabatan Perhutanan telah terkorban. Menurut Anon, 1954, nama setiap pekerja yang terkorban semasa penaklukan Jepun telah diabadikan pada plak peringatan yang ditempatkan di FRI pada 6 Mac 1954.   
   Pada 1 Oktober 1985, IPP menjadi badan berkanun di bawah Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB). Institut ini kemudiannya dinamakan sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor dilantik sebagai Ketua Pengarah FRIM yang pertama. Done!! 


    Aku isikan masa yang lapang dengan buat aktiviti lawatan sambil bersenam ke FRIM secara alone, aku tak mau duduk tak buat apa-apa di rumah nanti kebosanan ku semakin bertambah kalau duduk saja di rumah. FRIM terletak berdekatan dengan kawasan rumah aku di Segambut Kuala Lumpur, perjalanan dari rumah aku ke sana tak sampai 15 minit saja dengan menaiki motor HONDA WAVE 110. ho..ho..ho.. Selamat datang ke FRIM...
     Setelah masuk ke dalam FRIM, aku sempat mengambil gambar peta seperti di atas yang ditampal pada dinding pondok pengawal bagi mengelak dari kesesatan jalan dalam hutan. kalau tak esoknya dah lama masuk berita lah. huhu.. DALAM FRIM terdapat banyak tempat yang menarik seperti CANOPY WALKWAY, ROVER TRACK, AIR TERJUN DAN LAIN LAIN SEBAGAINYA... Tapi misi aku adalah hendak langkah ke canopy walkway saja.
Situlah aku telah mengambil beberapa gambar keadaan yang menarik semasa aku berjalan kaki nak pergi ke canopy walkway. 
saja2 ambil gambar kaki yang sedang sibuk berjalan...

tgh berjalan kaki lagi belum sampai lagi sabar3x...

Fuh3x.. lagi berjalan nak sampai ya...


yeahhhh. dah sampai dah.. Alamak kena beli tiket canopy walkway dulu.. ok lah... terus beli dah suntuk masa. maklumlah, waktu operasi canopy tutup pada jam 1.30 petang lah. 


Situlah tempat beli tiket sebelum masuk hutan dan pergi ke canopy walkway. Alhamdulillah dapat beli tiket dengan tunjuk kad OKU aku bagi kurangkan harga dari harga asal. hihihi..


siap ambil gambar tiket ini..pastu pi sana.

Alhamdulillah FRIM sediakan kemudahan seperti masjid Jamek bagi orang islam yang mahu sembahyang. solat merupakan satu salah dari 5 rukun islam yang diwajibkan atas orang islam yang berakal fikiran yang waras. Solat lah anda sebelum anda disolatkan....Oh, aku tak solat sbb belum sampai waktu zohor.. hihihi..

Tulah tempat permulaan jalan masuk ke hutan pastu ke canopy walkway.. 

Oh tak sabar lah ni nk lari laju !!!


Eh? papan simbolnya " dilarang mengayuh basikal masuk ke hutan". 

Pernah kah orang yang mengayuh basikal pergi masuk ke hutan??? entah lah aku tak tahu, -.-!!!  hihi














Berjalan kaki sambail ambil gambar2 tempat yang cantik... tengok saja keindahan hutan dapat tenangkan fikiran aku, lupakan apa yang aku stresskan...








(-.-)!! ingat pergi canopy walking dekat rupanya jauh. kena mendaki bukit sampai puncak dulu baru ada canopy. sabar3 ( asyik berjalan kaki saja) :D

 

Dah mencapai 2000M. jauh betul.. tapi berasa tak penat sbb masih ada semangat lagi lah..



Akhirnya sampai di destinasi Canopy Walkway 500M lagi.




Dalam perjalanan selepas masuk canopy walkway terdapat anak tangga bersandarkan tanah liat seperti gambar di tepi kiri, cantik kan.





















berseflie sekali dengan tunjuk gaya reaksi aku.. :D
























Alhamdulillah dah sampai CANOPY WAKWAY yang sebenarnya.



Ramainya orang sdg berbaris dan tunggu giliran masing2 untuk naiki titian kanopi. aku berada paling belakang di mereka, mereka adalah anak yatim piatu yang dibawa pengiring ke sini....



Sementara menunggu giliran aku, aku ambil gambar seorang yang sedang berjalan di atas titian tu, npknya macam seronok je lah.

Yahoo!!! seronok betul.. ek? oh, beritahu yang aku  minta pengiring perempuan yang berlabuh panjang untuk tolong ambil gambar aku pakai hp aku, sejuknya betul hati aku tengok cara pemakaian dia yang lengkap dan sopan..

testing take pic....

Pemandangan di bawah titian ini amat jauh...











Pemandangan di sekeliling aku amat indah, SubhanAllah..









mereka bergembira apabila menaiki titian ini..



selepas itu, aku pergi ke picnic 


 
Peta Lokasi





Air Terjun. Sejuknya...


Mengakhiri cerita ini, sesiapa yang berminat boleh tengok info FRIM di google, dilayari di http://www.frim.gov.my/


Terima kasih kepada pembaca yang baca blog ku...







































Ahad, 28 September 2014

Run For The Deaf

28/9/2014 7.00 pagi

Larian untuk Orang Pekak sempena sambutan Hari Orang Pekak Antarabangsa (Run For The Deaf in Celebration of the International Deaf Day) yang dianjurkan oleh MsDeaf (Persatuan Sukan Pekak Malaysia) telah diadakan pada 28 September 2014 di NU Sentral, Brickfields Kuala Lumpur.


Gambar seperti di atas menunjukkan reaksi ceria sebelum mula berlari...



Aku dah siap tampalkan kertas nombor peserta pada baju yang diberikan oleh penganjur sebelum keesokannya hari larian.


Gambar peta larian yang bakal diadakan pada hari tersebut.. Aku menyertai larian 10KM bersama dengan orang normal dan asing seperti orang putih. Inilah cabaran yang tercabar perlu dihadapinya bagi mendapat pengalaman yang baru...




Ketika sedang menonton taklimat 5 minit yang diberikan dalam terjemahan bahasa Isyarat sebelum bermula lari.

Tetapi.... Sayangnya,
tak dapat mengambil gambar aku belari kerana telefon bimbit aku diletakkan di tempat penjagaan barang-barang peserta. (T-T)


Gambar ini selepas berjaya tamatkan larian di garis tamat (Finish) dan dikabungkan pingat tamat larian disertakan beg yang berisi Sijil Penyertaan dan voucher.

Ini dia lah merupakan penganjur program ini yang aku asyik kejar di belakangnya ketika berlari tetapi tak dapat melepasi dia kerana dia berlari paling laju dengan gayanya yang mengagumkan aku. he he he...

Aku tengah mengambil beberapa gambar keadaan setelah mengakhiri garis tamat dan mendapat pingat masing-masing untuk dijadikan kenangan manis. Gambar-gambar berikut di bawah.








Ketika umumkan yang senarai keputusan pemenang larian dalam terjemahan bahasa Isyarat sebelum penyampaian hadiah. Semua peserta berdebar-debar apabila menanti-nantikan keputusan yang dah keluar itu. Akhirnya aku tak dapat masuk senarai pemenang dalam larian lah..



Walaupun aku tak dapat menang nombor satu tetapi aku bersyukur kerana aku mendapat pengalaman yang baru mengenai larian untuk dapat memperbaiki kelemahan dirinya dan tingkatkan kemahiran dalam larian sebelum bakal larian di lain tempat lagi nanti. Pengalaman ini amat bermakna untuk diri aku. Aku tak akan menyerah kalah. He He He.
Sekian terima kasih.