28/9/2014 7.00 pagi
Larian untuk Orang Pekak sempena sambutan Hari Orang Pekak Antarabangsa (Run For The Deaf in Celebration of the International Deaf Day) yang dianjurkan oleh MsDeaf (Persatuan Sukan Pekak Malaysia) telah diadakan pada 28 September 2014 di NU Sentral, Brickfields Kuala Lumpur.
Gambar seperti di atas menunjukkan reaksi ceria sebelum mula berlari...
Aku dah siap tampalkan kertas nombor peserta pada baju yang diberikan oleh penganjur sebelum keesokannya hari larian.
Gambar peta larian yang bakal diadakan pada hari tersebut.. Aku menyertai larian 10KM bersama dengan orang normal dan asing seperti orang putih. Inilah cabaran yang tercabar perlu dihadapinya bagi mendapat pengalaman yang baru...
Ketika sedang menonton taklimat 5 minit yang diberikan dalam terjemahan bahasa Isyarat sebelum bermula lari.
Tetapi.... Sayangnya,
tak dapat mengambil gambar aku belari kerana telefon bimbit aku diletakkan di tempat penjagaan barang-barang peserta. (T-T)
Gambar ini selepas berjaya tamatkan larian di garis tamat (Finish) dan dikabungkan pingat tamat larian disertakan beg yang berisi Sijil Penyertaan dan voucher.
Ini dia lah merupakan penganjur program ini yang aku asyik kejar di belakangnya ketika berlari tetapi tak dapat melepasi dia kerana dia berlari paling laju dengan gayanya yang mengagumkan aku. he he he...
Aku tengah mengambil beberapa gambar keadaan setelah mengakhiri garis tamat dan mendapat pingat masing-masing untuk dijadikan kenangan manis. Gambar-gambar berikut di bawah.
Ketika umumkan yang senarai keputusan pemenang larian dalam terjemahan bahasa Isyarat sebelum penyampaian hadiah. Semua peserta berdebar-debar apabila menanti-nantikan keputusan yang dah keluar itu. Akhirnya aku tak dapat masuk senarai pemenang dalam larian lah..
Walaupun aku tak dapat menang nombor satu tetapi aku bersyukur kerana aku mendapat pengalaman yang baru mengenai larian untuk dapat memperbaiki kelemahan dirinya dan tingkatkan kemahiran dalam larian sebelum bakal larian di lain tempat lagi nanti. Pengalaman ini amat bermakna untuk diri aku. Aku tak akan menyerah kalah. He He He.
Sekian terima kasih.











Tiada ulasan:
Catat Ulasan